Apa Itu CTC (Certified True Copy) SSM & Kenapa Penting
Dalam menguruskan perniagaan, kadangkala pihak bank, agensi kerajaan atau badan korporat akan meminta salinan Certified True Copy (CTC) daripada sijil SSM anda. Ramai pemilik perniagaan yang kurang jelas tentang apa itu CTC dan bila ia diperlukan.
Apa Maksud CTC?
CTC atau Certified True Copy bermaksud salinan sijil rasmi SSM anda yang telah disahkan benar (diiktiraf) oleh pihak SSM. Ia mengesahkan bahawa salinan tersebut adalah sama dan sahih seperti dokumen asal yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Beza Sijil Biasa & CTC
- Sijil Biasa: Sijil softcopy PDF yang anda terima selepas pembaharuan (boleh guna untuk kegunaan umum).
- Sijil CTC: Sijil yang mempunyai cop rasmi “Certified True Copy” dari SSM – biasanya diperlukan untuk urusan rasmi.
Bila Perlu Guna Sijil CTC?
Sijil CTC biasanya diperlukan untuk:
- Permohonan pinjaman bank.
- Pembukaan akaun semasa syarikat.
- Urusan rasmi dengan agensi kerajaan.
- Kontrak dengan syarikat korporat atau tender.
Contoh Sijil CTC
Berikut contoh rupa sijil SSM dengan cop Certified True Copy:
Cara Dapatkan Sijil CTC
Anda boleh memilih opsyen CTC semasa pembaharuan di laman EBizRenew. Dokumen akan diproses oleh pihak SSM dan dihantar dalam bentuk softcopy PDF yang mempunyai cop rasmi CTC.
Pilih Renew + CTC Sekarang