Cara Renew SSM Online — Panduan Lengkap & Mudah
Selamat datang ke panduan ringkas untuk renew SSM secara online. Saya akan terangkan langkah demi langkah dan tip pantas untuk elakkan kesilapan biasa supaya proses renew berjalan lancar.
Isi kandungan
Maklumat Diperlukan
Sediakan maklumat berikut sebelum mula:
- Nama perniagaan yang didaftarkan di SSM
- Maklumat nombor pendaftaran SSM (contoh: 1234567-X)
- No. telefon yang sah untuk kami hubungi melalui Whatsapp (jika perlu)
- E-mel yang sah untuk kami hantarkan sijil terbaru anda
Langkah Renew SSM Online
- Semak Tarikh Luput — Pilih Pembaharuan Lewat jika telah melebihi tarikh luput.
- Semak Cawangan — Jika ada cawangan yang sudah tidak beroperasi pastikan telah dibuang dari sistem SSM.
- Isi Borang — isi maklumat yang diminta dengan betul; elakkan singkatan yang mengelirukan.
- Pilihan Urgent — Pilih urgent jika anda memerlukan sijil dalam keadaan segera (3-8 jam).
- Pilihan Digital Certified True Copy (CTC) — Pilihan untuk dapatkan sijil yang mempunyai cop CTC (untuk kegunaan bank atau urusan rasmi) .
- Halaman Pengesahan — Sila semak maklumat yang telah diisi dan dipilih.
- Bayar Yuran — kaedah pembayaran yang disediakan adalah perbankan dalam talian.
- Simpan Resit — Resit akan dihantar ke e-mel, sila simpan untuk rujukan.
Berapa Kos?
Kos pembaharuan bergantung pada pilihan tempoh tahun. Kos pembaharuan tidak termasuk kos denda jika lewat.
Masalah Lazim & Penyelesaian
- Tidak terima sijil: Sila semak didalam folder Spam, sila hubungi kami jika masih tidak terima.
- Jika ada kesalahan maklumat: Sila maklumkan dengan kadar segera untuk kami betulkan.
- Bayaran gagal: Hubungi kami untuk pembayaran alternatif.
Jika perlukan bantuan, kami boleh uruskan proses renew untuk anda dengan cepat dan selamat.
Renew SekarangHubungi Kami
Hubungi team EBizRenew untuk bantuan atau pertanyaan:
- Whatsapp: +6011-13080462
- Email: support@ebizrenew.com.my